Zikir Menghindar Musibah



عن عثمان بن عفان رضي الله عنه قال : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّات لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ

Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca: Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudaratan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).” (HR Abu Daud No: 5088) Status: Hadis  hasan

Pengajaran:

1.  Muslim dituntut memperbanyak doa dan zikir dalam setiap perkara.

2.  Antara tujuan berzikir dan berdoa ialah untuk memohon perlindungan daripada musibah dan kerosakan.

3.  Antara zikir yang diajar oleh Nabi SAW:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

4.  Sesiapa yang membaca zikir ini sebanyak 3 kali pada waktu pagi akan dipelihara daripada sebarang mudarat termasuk musibah seperti penyakit merbahaya sehingga ke petang. Sesiapa yang membaca sebanyak 3 kali pada waktu petang dia akan terpelihara sehingga waktu pagi.

Marilah kita mengamalkan zikir ini pada setiap pagi dan petang. Moga kita terhindar daripada sebarang penularan wabak penyakit seperti virus Covid 19.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor Ringan beban keluarga ketika musibah menimpa | Harian Metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa Dijauhkan Pelbagai Keburukan

LINDUNGILAH AKU YANG LEMAH INI

SAYANGNYA ALLAH KEPADA KITA DIDATANGKAN UJIAN.