LINDUNGILAH AKU YANG LEMAH INI
" AKU MEMOHON PERLINDUNGAN DENGAN KALIMAH-KALIMAH ALLAH YANG SEMPURNA DARIPADA KEMURKAANNYA DAN AZABNYA, DARIPADA KEJAHATAN HAMBANYA DAN DARIPADA HASUTAN-HASUTAN SYAITAN-SYAITAN DAN DARIPADA SYAITAN MENDEKATIKU."
Dengan Kalimah-Kalimah Allah Yang Sempurna hindarilah aku daripada hasad dengki orang-orang yang berhasad dengki,
Dengan Kalimah-Kalimah Allah Yang Sempurna lenyapkan keegoan dalam diriku,
Dengan Kalimah-Kalimah Allah Yang Sempurna hapuskan sifat munafik pada jiwaku,
Dengan Kalimah-Kalimah Allah Yang Sempurna lunakkanlah nafsu yang beraja dalam hidupku,
Dengan Kalimah-Kalimah Allah Yang Sempurna panahlah setiap syaitan yang mendekat padaku,
Dengan Kalimah-Kalimah Allah Yang Sempurna rejamlah syaitan-syaitan yang menghasutku,
Dengan Kalimah-Kalimah Allah Yang Sempurna keluarkan aku daripada KemurkaanMU,
Dengan Kalimah-Kalimah Allah Yang Sempurna lindungilah aku daripada AzabMU,
Dengan Kalimah-Kalimah Allah Yang Sempurna pintaku jadikanlah aku HambaMU bukan selain DaripadaMU
Bicaraku: RJ
Bicaraku: RJ
Ulasan
Catat Ulasan