Doa Dijauhkan Pelbagai Keburukan
وَعَنْ قُطْبَةَ بْنِ مَالِكٍ رضى الله عنه قَالَ: كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: اَللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ اَلْأَخْلَاقِ, وَالْأَعْمَالِ, وَالْأَهْوَاءِ, وَالْأَدْوَاءِ
Daripada Qutaibah bin Malik RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW membaca doa: Ya Allah, jauhkanlah aku daripada akhlak yang keji, amalan yang munkar, nafsu yang buruk dan pelbagai penyakit yang berat. (Sunan Tirmidzi no 3591) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW mengajar kita agar sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah dalam setiap masa dan keadaan agar dijauhi daripada sesuatu yang buruk.
2. Dalam kehidupan manusia, pelbagai akhlak buruk, amal buruk, nafsu buruk, boleh menjadi tabiat kepada seseorang. Begitu juga penyakit berat dan merbahaya boleh menyerang seseorang.
3. Rasulullah SAW mengajar kita agar berdoa bagi memohon agar dijauhi daripada perangai yang tidak berakhlak, amal dan pekerjaan yang jahat, nafsu yang buruk serta mendapat penyakit yang berat dan merbahaya.
4. Akhlak keji seperti bersifat sombong, hasad, dengki, kedekut, suka berburuk sangka, mengumpat dan sebagainya.
5. Amal yang mungkar adalah berkaitan dengan anggota tubuh, seperti perbuatan buruk berkaitan lisan dan tulisan, suka mencaci, suka mencela, memukul orang, membunuh, berzina, merompak dan pelbagai dosa besar.
6. Hawa nafsu yang buruk seperti sombong, bangga diri, ujub dan lain-lain akan menjerumuskan seseorang kepada perkara yang membinasakan, menjadikan seseorang berani untuk melakukan dosa. Firman Allah :
أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ
Terangkanlah kepadaku bagaimana tentang seorang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya? (QS Al-Jatsiyah: 23)
7. Penyakit berat yang memudaratkan dan merbahaya seperti jangkitan Covid 19, kanser, HIV, jantung, strok dan sebagainya.
8. Marilah kita amalkan doa agar dijauhi akhlak yang keji, amalan yang mungkar, hawa nafsu yang buruk serta penyakit-penyakit yang berat termasuk terhindar dari wabak Virus Covid 19:
اَللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ الْأَخْلاَقِ
وَالْأَعْمَالِ وَالْأَهْوَاءِ وَالْأَدْوَاء
Ya Allah, jauhkanlah aku daripada akhlak yang keji, amalan yang munkar, nafsu yang buruk dan pelbagai penyakit yang berat
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
Ulasan
Catat Ulasan