SAYANGNYA ALLAH KEPADA KITA DIDATANGKAN UJIAN.





Hikmah Ujian.

Allah SWT sedang menguji kita dengan datangnya virus corona,Covid 19. 
Bagi orang yang bertaqwa, dia tidak melihat ujian atau masalah itu, tetapi siapa di belakang yg mendatangkan ujian atau masalah itu. Maknanya mereka mendapat Tuhan atau semakin dekat hati mereka dengan Allah SWT. 

Sekurang2nya ada 8 hikmah  ujian.

1. Allah SWT memanggil hambaNya utk kembali kepadaNya. Ini jelas disebut di dalam AlQuran, terjemahannya, "Apabila datang musibah kepada  kamu maka ucapkanlah, Sesungguhnya kami dari Allah dan kepada Allah kami akan dikembalikan. Manusia bila diuji, lumrahnya akan sentiasa menyebut2 Tuhan ,merintih ,mengadu kepada satu kuasa yg dapat membantunya. Inilah hikmah terbesar ujian.

2. Allah SWT hendak menghapus dosa hamba. Sememangnya manusia itu sentiasa membuat dosa dan kesalahan,maka dengan kasih sayang Allah SWT ,ujian2 itu akan membersihkan dosa2nya dan bila kembali kepada Allah dalam keadaan suci bersih.

3. Untuk ditinggikan darjat hamba di sisi Nya. Setelah dosa2 hamba itu bersih dgn uijian, Allah SWT bemaksud utk meningkatkan darjat hamba itu disisiNya. 

4. Menajamkan akal hamba. Apabila diuji ,manusia akan berusaha dengan segala fikiranya terfokus bagaimana untuk menyelesaikan ujian atau masalah itu. Ini akan menjadikan manusia cerdik dan tajam akalnya.

5. Menguatkan jiwa hamba. Dengan datang ujian, setelah berusaha dengan tenaga dan fikirannya, ada satu kesan pada jiwanya iaitu ia akan sabar terhadap ujian dan lebih tinggi lagi akan reda dengan ujian yang menimpanya. Ini menjadikan manusia tabah dan tahan diuji.

6. Berkongsi rasa. Dengan ujian ,baru dapat merasakan penderitaan orang lain ,bagaimana susahnya bila diuji. Dengan itu akan timbul rasa simpati dan ingin menolong. Bila kita susah kita tidak akan memandang hina lagi org yg susah atau sakit sebab kita pernah merasainya. 

7. Berkasih sayang. Bagaimana dengan ujian boleh mewujudkan kasih sayang? Bilamana kita saling tolong- menolong dalam mengatasi atau meringankan masalah atau ujian maka akan akan bertambah kuat ukhuwah sesama kita dan kita tidak akan melihat lagi kelemahan mereka. 

8. Dapat menilai diri kita, diperingkat mana  iman dan nafsu kita. Dengan ujian ,iman dapat dinilai setinggi mana atau di peringkat mana,apakah sekadar taqlid, ilmu, 'ayan ,hak atau hakikat. Nafsu kita diperingkat mana, ammarah ,lauwamah, mulhamah, mutmainnah,rodhiah, mardhiah atau kamilah. Jangan2 boleh jatuh kepada munafik dan kufur bila tidak boleh terima ujian itu dengan marah dan menyalahkan Tuhan. 

Moga2 ada manfaat
 bersama perkongsian ini dan diberikan taufiq dan inayah dari Allah SWT utk kita memahami  hikmah  ujian dan dapat merasakan kasih sayang Allah SWT dengan keberkatan Rasulullah SAW. Aamiin.

#Kalam Mursyid.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa Dijauhkan Pelbagai Keburukan

LINDUNGILAH AKU YANG LEMAH INI