MEMOHON PENGAMPUNAN

Hasil carian imej untuk bunga ros




Dengan Nama Allah Yang Maha Sempurna Lagi Maha Agung.

Ya Allah, berikanlah Rahmat dan Salam serta Keberkahan kepada Junjungan kami, yaitu Nabi Muhammad, pembuka sesuatu yang terkunci, penutup sesuatu yang terdahulu, penolong kebenaran dengan kebenaran, penunjuk ke JalanMu Yang Lurus, mudah-mudahan Allah memberikan Rahmat kepadanya, kepada keluarganya dan sahabat-sahabatnya dengan sepenuhnya.

Ya Allah, ampunkanlah dosaku yang dahulu dan yang kemudian, yang aku sembunyikan dan aku zahirkan, yang aku terlanjur dan yang Engkau Lebih Mengetahui mengenainya dariku, EngkauLah Yang Dahulu dan Engkaulah Yang Kemudian, Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.

Ya Allah, bantulah aku dalam mengingatiMu dan bersyukur kepadaMu serta melakukan ibadat yang terbaik KepadaMu.

Ya Allah, aku berlindung DenganMu daripada sifat bakhil, aku berlindung DenganMu daripada menjadi pengecut, aku berlindung DenganMu daripada dikembalikan dalam keadaan amat tua nyanyuk, aku berlindung DenganMu daripada fitnah dunia dan aku berlindung DenganMu daripada azab kubur.

Ya Allah, aku memohon DaripadaMu syurga dan aku berlindung DenganMu daripada neraka.

Ya Allah, limpahkanlah rahmat, keselamatan dan berkah kepada Junjungan kami, yaitu Nabi Muhammad, dan keluarganya sebagaimana tiada batas bagi KesempurnaanMu, sebanyak bilangan KesempurnaanMu.

Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Ya Allah, perkenankanlah segala hajat dan permintaanku ini.


Note : Ku baca doa ini setiap kali selepas solat Maghrib...Permulaan hari bagi umat Islam itu Malam bermula waktu maghrib itu masuklah hari yang baru maka ku pohon pengampunan akan dosaku...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa Dijauhkan Pelbagai Keburukan

SAYANGNYA ALLAH KEPADA KITA DIDATANGKAN UJIAN.

LINDUNGILAH AKU YANG LEMAH INI