ADA AKAL TAPI.....



Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda :
Siapa yg berkata kpd anak kecilnya, "Datang sini (ibu) mahu memberi sesuatu, kemudian dia tidak memberikannya maka dia adalah pembohong
(HR Imam Ahmad)

Dlm hadis yg mulia ini Rasulullah saw telah memberitahu kpd kita bahawa jika seseorang ibu itu mahu memberi sesuatu kpd anaknya namun dia tidak berbuat demikian maka dia telah dianggap sebagai pembohong.
Bohong merupakan satu dosa dan tidak mengenal mangsanya. Jika seorang ibu yg berjanji hendak memberi sesuatu kpd anaknya yg kecil yg tidak mengerti apa2 namun dia tidak melakukannya sudah dikira pembohong apatah lagi kita sebagai org dewasa. Namun realitinya pada hari ini kita blh saksikan pembohongan begitu ketara sekali apatah lagi dgn zaman teknoloji tanpa sempadan ini. Sesuatu berita yg entah benar atau tidak begitu cepat sekali disebarkan dimedia2 sosial. Persoalannya mengapa begitu ramai dikalangan kita yg begitu cepat percaya dgn berita bohong ini? Persoalan inilah yg perlu kita renungkan. Jawapanya cukup mudah. Berita bohong ini memang cantik dgn tokok tambahnya agar org yg mendapat berita bohong ini teruja dan seterusnya ianya menyebarkan pula kpd org lain dgn sedikit lagi tambahan. Memang benarlah kata ahli bijak pandai, "Menipu itu pintu segala kejahatan.
Oleh itu kpd mereka2 yg suka menghantar berita2 bohong ini seharusnya berhentilah dari kegiatan ini kerana ianya tidak menguntungkan. Sewajarnya kita yg dikurnniakan akal yg waras menggunakan akal utk keamanan dan kerharmonian
Ingatlah islam itu adalah agama selamat dan sejahtera. Oleh itu sepatutnya org islam itu menjaga lidah dari mengeluarkan kata2 bohong yg tidak bermanfaat. Walaupun dlm Islam ada bohong yg dibenarkan namun ianya hanya utk menjaga kerharmonian dlm sesuatu kemasyalatan. Maka tidak hairanlah mengapa Imam al Ghazali telah mengariskan tiga hukum mengenai hukum bohong ini yaitu harus, wajib dan haram
Justeru itu ingatlah bahawa kita dikurniakan dgn akal maka gunakanlah akal itu pada tempatnya...

RENUNG2KANLAH

https://kakrose79.blogspot.com/2020/03/ada-akal-tapi.html

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa Dijauhkan Pelbagai Keburukan

LINDUNGILAH AKU YANG LEMAH INI

SAYANGNYA ALLAH KEPADA KITA DIDATANGKAN UJIAN.